NADI KIDVENTURE – WEBINAR OPERASI PERNIAGAAN

12 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 12 April 2026, telah berlangsung Program NADI Kidventure secara atas talian. Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 3:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NAD) Kampung Surau.

Program NADI Kidventure pada minggu ini adalah “Webinar Operasi Perniagaan”. Dalam kelas tersebut, tenaga pengajar menerangkan mengenai operasi perniagaan iaitu semua aktiviti harian yang dijalankan oleh sesebuah perniagaan untuk menghasilkan produk atau menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dengan cekap, teratur dan konsisten. Selain itu, peserta turut diberi penerangan mengenai lima skop utama operasi perniagaan iaitu pengurusan input, proses pengeluaran / penyampaian, pengurusan stok dan inventori, kawalan kualiti dan penghantaran dan penyampaian kepada pelanggan. Seterusnya, cikgu menerangkan menerangkan kepentingan operasi perniagaan iaitu menjamin kelancaran perniagaan, mengurakan kos dan pembaziran, meningkatkan kepuasan pelanggan dan membantu perniagaan berkembang.

Dengan adanya program pembelajaran usahawan ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali